Ahad, 17 Oktober 2010

MOTIVASI ADALAH MODAL TERPENTING SEORANG USAHAWAN

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

"Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak." – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

"Rajin itu ubat, sedang malas itu racun." – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

==============================
Buat tatapan dan renungan semua pembaca..

winners4life

SELAMAT DATANG KE BLOG MENCARI KERJA

ANDA MAHU KERJA MUDAH, HALAL, BOLEH BUAT DUIT DLL.. SILA HUBUNGI SAYA SEGERA.. NAZRISYAM (013-5045210) 24 JAM.

Selasa, 12 Oktober 2010

Tanggapan Masyarakat Terhadap Takaful Keluarga

Kebanyakan masyarakat tahu tentang takaful tetapi mereka tidak benar-benar melihat takaful keluarga sebagai sesuatu yang penting dan boleh dikatakan ianya adalah satu kemestian.

Bagi ramai orang, caruman takaful keluarga adalah satu bentuk perbelanjaan dan bukannya satu simpanan. Sebab itulah takaful keluarga selalunya dikatakan sebagai sesuatu manfaat yang perlu dihebahkan dan bukannya dicari.

Apabila kita mendekati seseorang bakal peserta, kita harus memberikan maklumat yang cukup untuk mereka menghargai bagaimana takaful keluarga begitu penting dan menjadi sebahagian daripada perancangan kewangan mereka. Peranan kita sebagai seorang usahawan takaful ialah menunjukkan pelan alternatif (oleh sebab inilah anda perlu menyediakan lebih daripada satu cadangan untuk bakal peserta) dan nasihat tentang apa yang terbaik untuk mereka. Malah, lebih daripada separuh daripada peseta yang telah disoal selidik menyatakan bahawa mereka memerlukan nasihat kewangan yang baik daripada usahawan takaful mereka. Umumnya, mereka lebih cenderung untuk berurusan dengan usahawan takaful yang profesional.

Khamis, 2 September 2010

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia

1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion (pics right)
.
2) Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
.
3) Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b

.
4) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b

.
5) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b

.
6) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b

.
7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b (pics left)

.
8) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b

.
9) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b

.
10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

.
sumber: The Star


Sabtu, 28 Ogos 2010

Balu terima pampasan insurans RM19,000


6240308

BUKIT MERTAJAM - Balu seorang pemandu teksi, mendiang R Shanmugam, 55, menerima cek insurans Tabaruk bernilai RM19,000 daripada Etiqa Takaful Berhad, baru-baru ini sebagai pampasan untuk keluarganya meneruskan kehidupan.

R Ally, 51, berkata, suaminya meninggal dunia akibat beberapa penyakit yang dialami, iaitu darah tinggi, kencing manis dan jantung pada bulan Oktober lalu.

Menurutnya, dia dan tiga anaknya kini ibarat hilang tempat bergantung ekoran ketiadaan suami yang sebelum ini merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya amat sedih dengan kematian suami, namun pasrah dengan ketentuan tuhan. Kini, saya terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga bagi membesarkan anak-anak kerana perjalanan mereka masih panjang.

“Selain itu, saya perlu bekerja keras untuk menyara kehidupan harian termasuk persekolahan anak-anak,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian cek insurans khairat kematian Shanmugam di hentian teksi Persatuan Persatuan Pemandu Teksi Summit, Bukit Mertajam (BM), di sini.

Ally yang kini bekerja sebagai tukang jahit di salah sebuah kilang membuat pakaian berkata, wang yang diterima itu akan digunakan sebaik mungkin bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga termasuk ketiga-tiga anaknya yang masih bersekolah.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi Summit, Bukit Mertajam (BM), Abd Malik Saad berkata, Shanmugam merupakan salah seorang ahli persatuan yang mencarum dalam insurans berkenaan. Namun, pampasan diterima agak lewat berikutan terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan.

Dia berkata, semua ahli dalam persatuan diwajibkan untuk mencarum di dalam insurans itu sebagai jaminan bagi masa depan mereka dan keluarga jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, setakat ini, seramai 45 ahli persatuan telah menyertai skim insurans berkenaan dan beliau mengalu-alukan lebih ramai ahli untuk menyertainya termasuk ahli keluarga mereka.

“Mereka tidak perlu khuatir kerana hanya perlu membayar sebanyak RM25 untuk tempoh setahun bagi insurans ini. Dan, jumlah pampasan yang akan diterima pula adalah sebanyak RM19,000.

“Namun, bagi pemandu yang berusia 65 tahun ke atas, mereka perlu membayar RM20 setahun dan jumlah pampasan yang diterima adalah RM3,800 sahaja,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Summit, BM, Mohd Zaki Omar.

Justeru, beliau berharap agar pemandu teksi bersikap lebih terbuka dan berfikir untuk masa depan masing-masing.

“Menyertai skim insurans bukanlah satu perkara sia-sia kerana ia adalah caruman untuk masa depan mereka dan juga keluarga kerana manusia tidak boleh menjangkakan perkara yang bakal berlaku.

Dia berkata, insurans merupakan satu perlindungan agar keluarga yang ditinggalkan tidak hidup dalam kesusahan.

Sinar Harian 23 Disember 2009

Hadiah Terakhir Anak

mainpix14

SERAH…Rusli (dua dari kiri) menyerahkan cek kepada
Abdillah sambil disaksikan Ruzila (kanan), semalam.

KUALA TERENGGANU: “Mungkin wang ini hadiah terakhir daripada anak untuk kami, Insya-Allah, wang ini akan digunakan sebaik mungkin,’’ kata Ruzila @ Marizan Ishak, 42, ibu kepada seorang remaja, Amirul Azwan Abdillah, 16, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Kesom, Manir di sini, pada Aidilfitri keempat lalu.

Menurutnya, dia bersyukur dengan pemberian wang pampasan RM44,309.26 daripada Etiqa Takaful Berhad (Etiqa) selepas mencarum dalam Pelan Pendidikan Anak-Anak (Sarjana) untuk anak keduanya itu sejak dua tahun lalu.

Katanya, walaupun wang berkenaan tidak dapat mengembalikan anaknya, namun ia tetap bermakna dan akan digunakan untuk pembelajaran dua lagi anaknya yang masih bersekolah.

‘’Wang selebihnya pula akan digunakan untuk mengadakan tahlil bagi mendoakan kesejahteraan arwah,’’ katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Petiti, Manir, dekat sini, kelmarin.
Harian Metro pada 26 September lalu melaporkan Amirul Hazwan yang menunggang motosikal Yamaha LC bertembung dengan sebuah motosikal LAIN di Kampung Kesom, Manir, dekat sini, jam 4.30 petang.

Mangsa yang cedera teruk di kepala dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan hari.

Sementara itu, Pengurus Agensi Kumpulan Etiqa Kuala Terengganu, Rusli Mejah, berkata ibu mangsa yang juga pencarum pelan itu diberikan pampasan berkenaan kerana penama meninggal dunia sebelum layak menerima wang terbabit pada usia ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak 70 peratus ibu bapa di negeri ini belum mencarum dengan mana-mana syarikat atau agensi insurans untuk anak mereka.

Katanya, masih ada ibu bapa yang tidak sedar pentingnya mereka menyertai polisi Sarjana Etika Takaful bagi menjamin masa depan anak masing-masing.

“Saya dapati kebanyakan pelajar yang mahu menyambung belajar terpaksa memohon pinjaman bank atau syarikat kredit bagi menampung kos pembelajaran mereka,’’ katanya.

Metro 24 Disember 2009

Ahad, 15 Ogos 2010

Asam Garam Dunia..

NASIB SANG BUAYA

Semasa umur 15 tahun

  • Mula membuat pelaburan RM200 sebulan.

3 tahun berikutnya (18 thn)

  • Pelaburan menguntungkan dan jumlah terkumpul mencecah RM9000.00

  • Meneruskan pelaburan RM200 sebulan.

5 tahun berikutnya (23 thn)

  • Jumlah terkini pelaburan = RM 25000.00 (sangat gembira)

MALANGNYA!!!!

  • Sang buaya ditimpa kemalangan ngeri. Patah 4 kaki. Jantung pun tercedera terpaksa membuat pemindahan jantung.

MALANG LAGI

  • Kos pembedahan RM 15000.00

  • Sudah tidak dapat bekerja lagi.

  • Jumlah simpanan hanya tinggal RM1000.00 (perlu digunakan untuk rawatan lanjutan).

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA

NASIB SANG KANCIL

Semasa umur 15 tahun

  • Mula membuat pelaburan RM200 sebulan.

3 tahun berikutnya (18 thn)

  • Pelaburan menguntungkan dan jumlah terkumpul mencecah RM9000.00

  • Meneruskan pelaburan RM100 sebulan.

  • Mendapatkan kontrak takaful dengan sumbangan RM100 sebulan.

5 tahun berikutnya (23 thn)

  • Jumlah terkini pelaburan = RM 17000.00 (gembira)

  • Jumlah terkini sumbangan takaful beserta pelaburan = RM 7000.00 (gembira)

MALANGNYA!!!!

  • Sang kancil ditimpa kemalangan ngeri. Patah 4 kaki. Jantung pun tercedera terpaksa membuat pemindahan jantung.

NASIB BAIK

  • Segala kos pembedahan RM15000.00 dan perubatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak takaful.

  • Mendapat pampasan RM 35000.00 daripada pihak takaful.

  • Maka jumlah simpanan + pampasan mencecah RM 59000.00 (dapat menjalani kehidupan dengan RM400.00 sebulan hasil dividen pelaburan).

  • Tidak perlu lagi menyimpan RM100 sebulan di takaful kerana pihak takaful akan membayar semua bayaran bulanan selepas kejadian.

  • Kos rawatan lanjutan ditanggung oleh pihak takaful.

MERASA SANGAT BERTUAH KERANA MEMILIH JALAN BIJAK.

NASIB SANG HARIMAU

Semasa umur 15 tahun

  • Mula membuat pelaburan RM200 sebulan.

3 tahun berikutnya (18 thn)

  • Pelaburan menguntungkan dan jumlah terkumpul mencecah RM9000.00

  • Meneruskan pelaburan RM100 sebulan.

  • Mendapatkan kontrak takaful dengan sumbangan RM100 sebulan.

3 tahun berikutnya (23 thn)

  • Jumlah terkini pelaburan = RM 17000.00 (gembira)

  • Jumlah terkini sumbangan takaful beserta pelaburan = RM 7000.00 (gembira)

BERTUAHNYA

  • Sang harimau tidak ditimpa apa-apa kemalangan hingga hari tua.

PENDAPATAN LUMAYAN

  • Jumlah pelaburan yang telah lama dikumpul telah banyak dan dikembalikan oleh syarikat takaful kepadanya untuk digunakan sebagai wang pencen.

MERASA SANGAT BERSYUKUR KERANA TIDAK DITIMPA MUSIBAH DAN MEMPUNYAI SIMPANAN HARI TUA.

Rabu, 7 April 2010

Anda Sangat Bertuah...

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua.
Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam laman web ini. Ada sebahagian dari sahabat anda sudah tidak mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.
Anda pula, sedang asyik menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca isi kandungan didalam laman web ini dengan harapan untuk mendapat sedikit ilmu dan pengetahuan berkenaan kepentingan takaful kepada anda sekeluarga.

Takaful Keluarga adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti

Anda masih ada masa untuk membuat sesuatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan serendah RM50.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda menjadi papa kedana.
Adakah dengan menyumbang RM50.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh muflis, miskin atau merempat? Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.
Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Beribu orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikr bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung.
Dengan RM50.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tetapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.
Rata ratanya individu Melayu hanya memiliki perlindungan Insuran dan Takaful pada kadar RM30,000.00 sahaja bagi setipa orang. Apa yang boleh waris anda buat untuk servival ekonomi orang orang Melayu Islam. Untuk beli motor kapcai pun tidak mencukupi apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan kekuatan ekonomi bangsa Malayu pada masa depan.

Pengenalan

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersempena dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanapun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah.

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat yie_syam@yahoo.com.my.

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.

Sekian..selamat melayarinya......