Rabu, 7 April 2010

Anda Sangat Bertuah...

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua.
Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam laman web ini. Ada sebahagian dari sahabat anda sudah tidak mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.
Anda pula, sedang asyik menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca isi kandungan didalam laman web ini dengan harapan untuk mendapat sedikit ilmu dan pengetahuan berkenaan kepentingan takaful kepada anda sekeluarga.

Takaful Keluarga adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti

Anda masih ada masa untuk membuat sesuatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan serendah RM50.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda menjadi papa kedana.
Adakah dengan menyumbang RM50.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh muflis, miskin atau merempat? Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.
Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Beribu orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikr bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung.
Dengan RM50.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tetapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.
Rata ratanya individu Melayu hanya memiliki perlindungan Insuran dan Takaful pada kadar RM30,000.00 sahaja bagi setipa orang. Apa yang boleh waris anda buat untuk servival ekonomi orang orang Melayu Islam. Untuk beli motor kapcai pun tidak mencukupi apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan kekuatan ekonomi bangsa Malayu pada masa depan.

Pengenalan

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersempena dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanapun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah.

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat yie_syam@yahoo.com.my.

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.

Sekian..selamat melayarinya......