Ahad, 17 Oktober 2010

MOTIVASI ADALAH MODAL TERPENTING SEORANG USAHAWAN

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"


"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

"Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak." – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

"Rajin itu ubat, sedang malas itu racun." – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

==============================
Buat tatapan dan renungan semua pembaca..

winners4life

SELAMAT DATANG KE BLOG MENCARI KERJA

ANDA MAHU KERJA MUDAH, HALAL, BOLEH BUAT DUIT DLL.. SILA HUBUNGI SAYA SEGERA.. NAZRISYAM (013-5045210) 24 JAM.

Selasa, 12 Oktober 2010

Tanggapan Masyarakat Terhadap Takaful Keluarga

Kebanyakan masyarakat tahu tentang takaful tetapi mereka tidak benar-benar melihat takaful keluarga sebagai sesuatu yang penting dan boleh dikatakan ianya adalah satu kemestian.

Bagi ramai orang, caruman takaful keluarga adalah satu bentuk perbelanjaan dan bukannya satu simpanan. Sebab itulah takaful keluarga selalunya dikatakan sebagai sesuatu manfaat yang perlu dihebahkan dan bukannya dicari.

Apabila kita mendekati seseorang bakal peserta, kita harus memberikan maklumat yang cukup untuk mereka menghargai bagaimana takaful keluarga begitu penting dan menjadi sebahagian daripada perancangan kewangan mereka. Peranan kita sebagai seorang usahawan takaful ialah menunjukkan pelan alternatif (oleh sebab inilah anda perlu menyediakan lebih daripada satu cadangan untuk bakal peserta) dan nasihat tentang apa yang terbaik untuk mereka. Malah, lebih daripada separuh daripada peseta yang telah disoal selidik menyatakan bahawa mereka memerlukan nasihat kewangan yang baik daripada usahawan takaful mereka. Umumnya, mereka lebih cenderung untuk berurusan dengan usahawan takaful yang profesional.

Pengenalan

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersempena dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanapun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah.

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat yie_syam@yahoo.com.my.

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.

Sekian..selamat melayarinya......