Kebanyakan masyarakat tahu tentang takaful tetapi mereka tidak benar-benar melihat takaful keluarga sebagai sesuatu yang penting dan boleh dikatakan ianya adalah satu kemestian.
Bagi ramai orang, caruman takaful keluarga adalah satu bentuk perbelanjaan dan bukannya satu simpanan. Sebab itulah takaful keluarga selalunya dikatakan sebagai sesuatu manfaat yang perlu dihebahkan dan bukannya dicari.
Apabila kita mendekati seseorang bakal peserta, kita harus memberikan maklumat yang cukup untuk mereka menghargai bagaimana takaful keluarga begitu penting dan menjadi sebahagian daripada perancangan kewangan mereka. Peranan kita sebagai seorang usahawan takaful ialah menunjukkan pelan alternatif (oleh sebab inilah anda perlu menyediakan lebih daripada satu cadangan untuk bakal peserta) dan nasihat tentang apa yang terbaik untuk mereka. Malah, lebih daripada separuh daripada peseta yang telah disoal selidik menyatakan bahawa mereka memerlukan nasihat kewangan yang baik daripada usahawan takaful mereka. Umumnya, mereka lebih cenderung untuk berurusan dengan usahawan takaful yang profesional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan