Sabtu, 30 April 2011

SEMAKAN RASMI 22 APRIL 2011 – DPLI AMBILAN JUN 2011

SEMAK DI SINI………

http://www.mpm.edu.my/medsiregter/

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ujian MEdSI, sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 03-03-88835801/5602 atau laman web KPTM www.mohe.gov.my.

Rabu, 6 April 2011

Syarat Untuk Menjadi Perunding Berjaya

# Tentukan matlamat bulanan dan tahunan - tuliskan segala kemahuan yang anda inginkan dengan realistik untuk jangkamasa dalam sebulan dan tahunan. Baca dan lihat setiap hari, seboleh-bolehnya lihat sekali lagi sebelum tidur. Ini adalah masa terbaik agar segala maklumat akan dimasukkan kedalam pemikiran luar sedar. # Berfikir seperti seorang ahli perniagaan yang berjaya - punyai karakter seperti ahli perniagaan yang berjaya bukan bermakna kita perlu menjadi hidung tinggi, tetapi miliki sifat-sifat mulia ahli perniagaan seperti mematuhi masa, lakukan kerja dengan pantas, displin dalam kerja, menghormati orang lain dan merendah diri. #Bergaul dengan orang-orang yang berjaya - sering menghampiri orang-orang yang berjaya, jika gagal untuk berkenalan cubalah untuk menghadiri kursus / seminar / sessi ceramah anjuran beliau atau setidak-tidaknya sering membaca kisah kejayaan orang-orang yang berjaya. #Mematuhi tunjuk ajar guru - buat apa yang telah diajar oleh guru anda. Guru mempunyai pengalaman dalam kerja yang mereka lakukan. Elakkan kesilapan yang sama berulang kembali. Hormati guru anda selalu seperti kita menghormati guru kita semasa zaman persekolahan. #Alasan Musuh Kejayaan - alasan dan kejayaan tidak boleh duduk bersama. Seringkali alasan akan memusnahkan kejayaan. Alasan akan membuat manusia berfikir untuk tidak menghampiri kejayaan. Awas dengan alasan yang keluar daripada kotak pemikiran anda. Selalunya alasan akan membiarkan kita hidup bersenang lenang tanpa melakukan perkara yang mencabar. #Menghadiri seminar/bengkel - jangan lepaskan peluang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Membayar yuran untuk menghadiri kursus adalah pelaburan yang memberi lebih 1000% dividen, malah mungkin lebih daripada itu. #Pelajari kemahiran ilmu menjual - Menjual adalah kemahiran penting dalam perniagaan. Walaupun anda adalah CEO dalam syarikat, anda tidak boleh lari daripada mempromosi syarikat yang membawa jenama produk barangan / perkhidmatan syarikat anda. Latihkan diri untuk memperbaiki kemahiran komunikasi, pelajari daripada pengalaman. Jika terdapat kelemahan, perbaiki lagi untuk menjadi yang lebih baik. #Anda perlu mempunyai sifat-sifat berikut :-ikhlas-positif-kreatif-komited

Pengenalan

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersempena dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanapun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah.

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat yie_syam@yahoo.com.my.

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.

Sekian..selamat melayarinya......