Jumaat, 20 Mei 2011

pendapatan online di internet

Jutawan internet, ia adalah salah satu keyword yang paling popular. Perkataan ini telah menjadi sinonim dikalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Mendengar sahaja ramai yang teruja. Ramai yang mempunyai cita-cita untuk menjadi jutawan internet.

Sebelum seseorang menjadi jutawan internet, ada beberapa langkah yang perlu diikuti. Pertama, ia perlu mempunyai seorang mentor untuk dikuti. Ketahui apakah kejayaan yang telah dilaluinya. Belajar terus daripadanya mengenai teknik dan cara beliau bekerja. Untuk berjaya kita perlu berusaha tanpa rasa jemu secara berterusan dan istiqamah. Jangan sekalipun bertanya bilakah ia akan memperolehi hasilnya.

Kedua, memilih bidang yang sesuai dengan minat dan kecenderungan kita. contohnya, jika kita berminat untuk menulis, menjadi blogger adalah pilihannya. Namun ia perlu mempunyai matlamat apakah bidang penulisan yang sesuai dan bersedia untuk sentiasa belajar mengenai perkara-perkara asas mengenai bidang tersebut. Untuk lebih meyakinkan pembaca blog, gunakan domain berbayar. Kosnya dibawah RM150.00 setahun atau RM12.50 sebulan. Menarik pengunjung untuk mengunjungi blog dengan info dan maklumat terkini. Pelajari perkara asas mengenai seo, keyword, traffic, ketahui siapa dan trend pengunjung blog.

Pengetahuan asas amat penting kerana kita tidak dapat merancang tindakan seterusnya jika kita sendiri gagal mengenalpasti dimana kita berada dan arah mana yang hendak kita tuju. Kesungguhan cukup penting kerana ia dapat mengelakkan kita dari berputus asa kerana ia penghalang kepada kejayaan.

Untuk berjaya memperolehi pendapatan online di internet, secara asasnya ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis yang boleh dipilih seperti berikut :

1. Melalui jualan produk fizikal

2. Jualan perkhidmatan atau produk digital

3. Jualan pengiklanan atau banner

4. Program Affliate

Cara terbaik pilih salah satu terlebih dahulu, selepas memperolehi pendapatan online daripadanya barulah memilih yang lain. Penulis sendiri, masih belajar walaupun telah terbabit didalam perniagaan online sepenuh masa lebih daripada 5 tahun. Ini kerana perkembangan teknologi internet tidak pernah berhenti dan ia perlu sentiasa dipelajari.

Pengenalan

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersempena dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanapun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah.

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat yie_syam@yahoo.com.my.

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.

Sekian..selamat melayarinya......