Sabtu, 28 Ogos 2010

Balu terima pampasan insurans RM19,000


6240308

BUKIT MERTAJAM - Balu seorang pemandu teksi, mendiang R Shanmugam, 55, menerima cek insurans Tabaruk bernilai RM19,000 daripada Etiqa Takaful Berhad, baru-baru ini sebagai pampasan untuk keluarganya meneruskan kehidupan.

R Ally, 51, berkata, suaminya meninggal dunia akibat beberapa penyakit yang dialami, iaitu darah tinggi, kencing manis dan jantung pada bulan Oktober lalu.

Menurutnya, dia dan tiga anaknya kini ibarat hilang tempat bergantung ekoran ketiadaan suami yang sebelum ini merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya amat sedih dengan kematian suami, namun pasrah dengan ketentuan tuhan. Kini, saya terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga bagi membesarkan anak-anak kerana perjalanan mereka masih panjang.

“Selain itu, saya perlu bekerja keras untuk menyara kehidupan harian termasuk persekolahan anak-anak,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian cek insurans khairat kematian Shanmugam di hentian teksi Persatuan Persatuan Pemandu Teksi Summit, Bukit Mertajam (BM), di sini.

Ally yang kini bekerja sebagai tukang jahit di salah sebuah kilang membuat pakaian berkata, wang yang diterima itu akan digunakan sebaik mungkin bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga termasuk ketiga-tiga anaknya yang masih bersekolah.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi Summit, Bukit Mertajam (BM), Abd Malik Saad berkata, Shanmugam merupakan salah seorang ahli persatuan yang mencarum dalam insurans berkenaan. Namun, pampasan diterima agak lewat berikutan terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan.

Dia berkata, semua ahli dalam persatuan diwajibkan untuk mencarum di dalam insurans itu sebagai jaminan bagi masa depan mereka dan keluarga jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Katanya, setakat ini, seramai 45 ahli persatuan telah menyertai skim insurans berkenaan dan beliau mengalu-alukan lebih ramai ahli untuk menyertainya termasuk ahli keluarga mereka.

“Mereka tidak perlu khuatir kerana hanya perlu membayar sebanyak RM25 untuk tempoh setahun bagi insurans ini. Dan, jumlah pampasan yang akan diterima pula adalah sebanyak RM19,000.

“Namun, bagi pemandu yang berusia 65 tahun ke atas, mereka perlu membayar RM20 setahun dan jumlah pampasan yang diterima adalah RM3,800 sahaja,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Summit, BM, Mohd Zaki Omar.

Justeru, beliau berharap agar pemandu teksi bersikap lebih terbuka dan berfikir untuk masa depan masing-masing.

“Menyertai skim insurans bukanlah satu perkara sia-sia kerana ia adalah caruman untuk masa depan mereka dan juga keluarga kerana manusia tidak boleh menjangkakan perkara yang bakal berlaku.

Dia berkata, insurans merupakan satu perlindungan agar keluarga yang ditinggalkan tidak hidup dalam kesusahan.

Sinar Harian 23 Disember 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengenalan

Assalamualaikum WTB...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW. Bersempena dengan tahun baru, marilah kita bermuhasabah diri, adakah azam tahun lepas kita sudah tercapai? Adakah tahun lepas kita banyak buat dosa?...atau sebaliknya? Walau bagaimanapun, tahun baru ni marilah kita sama-sama memperbaiki azam tahun lepas agar lebih baik dari sebelumnya. Semoga apa sahaja yang dikerjakan kita akan mendapat keberkatan daripadaNya..InsyaAllah.

Pelawat yang dihormati, blog ini dibina bukan sahaja untuk menceritakan kisah hidup pengarang tetapi juga menceritakan serta berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pelawat-pelawat sekalian.

Walau bagaimanapun, pengarang juga mengharapkan pelawat dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama nanti. Untuk berkongsi cerita, pengalaman, ilmu, komen yang membina atau tidak atau apa sahaja, pelawat boleh emelkan terus kepada saya di alamat yie_syam@yahoo.com.my.

Semoga pembinaan blog ini sedikit sebanyak dapat
membantu kita dalam menyelesaikan apa jua masalah. Semoga kita dapat bersoal jawab dan berkongsi ilmu kelak.

Sekian..selamat melayarinya......